Teaching & Academics Online Course by Udemy, On Sale Here
ATLAS. ti Intensive Course – From Zero to Hero!
An excellent training about Social Science
Kursus Intensif ATLAS. ti (Bahasa Malaysia)
*Dikemaskini Jun 2020Kemajuan teknologi semestinya memudahkan hidup kita semua. Kepada para pelajar di peringkat sarjana (master degree) serta pelajar doktor falsafah (PhD), tentunya sentiasa bermain dengan bahan-bahan pengajian termasuklah buku-buku teks, nota-nota dan sebagainya. Dengan perisian ATLAS. ti, kita tidak lagi perlu risau untuk menyimpan semua bahan-bahan tersebut. ATLAS. ti akan memudahkan kita untuk mengesan kembali bahan-bahan yang kita perlukan. Perisian ATLAS. ti juga adalah suatu perisian yang sangat berguna khususnya untuk menganalisa data-data kualitatif. Menggunakan kaedah tradisional untuk menganalisa data-data kualitatif tentunya memenatkan dan cara tersebut mungkin memerlukan ruang yang luas, masa yang lama serta pengurusan yang sistematik. Dengan perisian ATLAS. ti, kita akan mampu menganalisa data-data tersebut dengan cara yang sangat mudah dan berkesan. Secara umumnya, kursus ini akan menerangkan kepada anda tentang perkara-perkara berikut: Prinsip-prinsip asas perisian ATLAS. tiCara menggunakan atlas. ti untuk menguruskan data-dataCara menganalisa data-data kualitatifPengenalan kepada CAQDASCara install perisian ATLAS. ti Prinsip VISE dalam ATLAS. tiIstilah-istilah dalam ATLAS. tiKeperluan teknikal untuk ATLAS. tiPerbezaan umum antara atlas. ti windows & macAntara muka (interface) ATLAS. tiJenis dokumen yang diterima ATLAS. tiCara membuat projek baruCara mengekspot projekCara memasukkan dokumen ke dalam projekCara memasukkan komen (catatan) pada dokumenCara meletakkan dokumen-dokumen dalam kumpulan (document group)Cara membuat laporan (report) bagi dokumen-dokumenCara membuat petikan bebas (free quotation)Cara membuat kod (code)Cara membuat petikan & kod pada dokumen jenis imejCara membuat petikan & kod pada dokumen audio/videoCara membuat kumpulan kod (code group)Cara membuat laporan (report) bagi kod-kodCara membahagikan kodCara mengesan kedudukan petikan (quotation)Cara membuat hubungkait antara kod-kod/petikan-petikanCara hubungkait simantik (simantic linkages)Cara visualisasi awan perkataan (word clouds)Cara menggunakan ‘query tool’Cara analisa persetujuan antara pengekod-pengekod (inter-coder agreement)Cara visualisasi jadual ‘co-occurrence’ & ‘code-document’Cara berkolaborasi menggunakan atlas. tiCara menggunakan awan ATLAS. ti (ATLAS. ti cloud)Selain daripada kandungan kursus di atas, anda juga akan mendapat beberapa perkara yang menarik, antaranya: Bahan-bahan pembelajaran yang boleh dimuat turun, ia termasuklah manual perisian ATLAS. ti untuk Window & Mac, helaian kerja (worksheet) sertacontoh artikel yang telah diterbitkan di jurnal. Dapat bersama dalam Komuniti ATLAS. ti. Dengan mengikuti kursus ini, anda akan mendapat akses kepada Facebook Group ATLAS. ti Community. Ia adalah tempat di mana anda akan mendapat sokongan secara berterusan berkaitan perisian ATLAS. ti seterusnya dapat memastikan anda sentiasa mendapat tahu perkembangan-perkembangan terkini berkaitan dengan perisian ATLAS. ti serta kajian kualitatif. Tugasan/latihan yang akan menyebabkan anda lebih memahami & mahir menggunakan perisian ATLAS. ti. Kursus ini dibahagikan kepada 6 seksyen di mana, di hujung setiap seksyen terdapat kuiz yang akan menilai kefahaman anda berkaitan kandungan kursus. Ini akan menambahkan lagi kefahaman anda berkaitan dengan perisian ATLAS. ti. Jurulatih yang profesional diiktiraf oleh ATLAS. ti yang akan cuba membantu anda menguasai perisian ATLAS. ti. Dr Muhd Al-Aarifin Ismail adalah jurulatih profesional perisian yang telah diiktiraf oleh pihak ATLAS. ti yang berpenkalan di Berlin, Jerman. PENGHARGAANTerima kasih tidak terhingga kepada Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan (Naib Canselor, USM) yang sentiasa menggalakkan kami para pensyarah USMuntuk menghasilkan bahan-bahan digital (digital content) untuk dikongsikan dengan semua lapisan masyarakat di luar sana. Ribuan terima kasih kepada Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail (Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM) yang sentiasa menyokong usaha ini. Terima kasih kepada Profesor Madya Dr Mohamad Saiful Bahri Yusoff (Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan) yang sentiasa memberi galakan dan sokongan untuk saya aktif dalam penghasilan ‘digital content’ untuk menfaat semua. Terima kasih kepada Profesor Abd Karim Alias (Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik, USM) yang sentiasa menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti latihan untuk pensyarah-pensyarah serta pelajar di Universiti Sains Malaysia khususnya serta universiti-universiti lain pada amnya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan pensyarah di Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM. Dr. Ahmad Fuad Bin Abdul Rahim, Dr. Mohamad Najib Bin Mat Pa, Dr. Mohd Zarawi B. Mat Nor, Dr. Nik Mohd Rizal Mohd Fakri, Dr. Jamilah Al-muhammady Mohammad, Dr. Anisa Binti Ahmad, Dr. Nurhanis Syazni Binti Roslan dan Dr Rosniza Abd. Aziz. PERNYATAANPENAFIAN(DISCLAIMER)Kursus ini adalah berfokus kepada penggunaan perisian untuk membantu para penyelidik menguruskan data kualitatif masing-masing. Penekan
Udemy is the leading global marketplace for learning and instruction
By connecting students all over the world to the best instructors, Udemy is helping individuals reach their goals and pursue their dreams.
Study anytime, anywhere.
Reviews
There are no reviews yet.